Ahad, 4 November 2012

Kerana CintakanMU Aku Sanggup Lakukan Apa Sahaja


Kerana cintaku padaMu, aku sanggup lakukan apa sahaja untukMU  tak kira masa... di kala susah atau derita,di saat gembira atau berduka,di saatku cacat atau sempurna,di saatku sihat atau sakit,di saat ku punya pangkat mahupun harta,di saat ku miskin sekalipun dihina...walau  dalam apapun jua keadaanku namaMu sentiasa meniti dibibirku,hati ini tak pernah sedetikpun  melupakanMu.
Ketahuilah TUHANku itulah bukti cintaku padaMU...


Kedua tanganku  ini akan setia kutadah mohon ampunan dan rahmatmu sekalipun hartabendaku musnah,sekalipun anak isteriku telah hilang dari sisiku dek kebiadapan musuhMU ,sekalipun dibedil,diceroboh dan dikhianati musuhMU,keyakinanku tetap padu.BantuanMU pasti akan tiba jua sekalipun saat itu aku telah tiada.Ketahuilah ya Allah aku sangat-sangat menyintaiMU!!

 Walau di pinggir jalan,walau di panah mentari,walau kesibukan di kanan dan kiri,pengabdianku padaMU takkan kupinggiri.Biar manusia di sekeliling mengataku,biar mereka mencebik,memperlekeh perbuataku...Kerana hatiku dipanah cintaMU Rabbi...aku rukuk dalam saf yang satu menyembah ENGKAU yang satu.


Sujudku tetap untukMU sekalipun tiada kelihatan rumahMU,jalan ini menjadi saksi.Dahi ini kuletak jua ke bumi.Moga di akhirat kelak dahi ini tidak akan dibakar nerakaMU.Itu tanda cintaku PadaMU


Sekalipun aku ini raja atau sultan yang bertakhta.Sekalipun aku punya harta tak terkira.Di sanjung rakyat jelata.Aku  ini masih tetap hamba dan ENGKAUlah raja segala raja.Penguasa segala kerajaan di dunia.Aku hidup tak mengejar dunia kerana aku tahu semua itu pinjaman sementara yang akan ditinggalkan bila sampai masanya...


Biar akau berada di muncung senjata.Biar aku digertak,diancam dan dihina.Aku peduli apa.Mereka semua musuhMU yang nyata.Dahi ini tetap ku letak ke bumi tanda cintaku pada yang Esa.Kerana aku tahu mati itu bukan di atas tangan mereka.Tetapi ENGKAUlah yang Maha Berkuasa.


Sekalipun berada di hutan belantara.Sekalipun pakaian ku disaluti lumpur tanah merata.Solat tetap ku tunaikan jua.Tanah itu mulia.Tanah itulah asal kejadian kita.Ia tetap suci sesuci cintaku padaMU...


Walau aku cuma punya sebelah kaki.Aku tetap mahu solat berdiri.Cacat itu bukan alasannya kerana selagi aku punya nyawa,selagi aku boleh menghirup udara, solat sekali-kali tidak akan aku lupa..


Sekalipun aku ini miskin hina.Sekalipun serba tiada.Itu bukan bermakna aku boleh melupakanNYA.Anggota badan ini wajib kubasahi dengan air wudhuk yang mulia, kelak di akhirat sana ianya akan bercahaya dan aku boleh dikenali  sebagai umat Muhammad yang mulia.


Walau di padang bola.Walau cemas menanti perlawanan seterusnya,hati ini tetap mengingatiMU.Pengabdian kepadaMU lebih utama kerana kalah atau menangnya itu semua di atas ketentuanMU.


Sekalipun dihujani salji yang dingin.Kedinginan itu sama sekali tidak membuatkan kami malas dan mengingkari perintahMU.Kami tetap berada dalam satu barisan menadah tangan memohon kehadratMU.Kami ini hambaMU.Dan ENGKAU itu tuhanku...

Ya Allah...Bila cinta telah meresap di dalam hati.Bila sayang ini sudah tidak bertepi, hati ini akan sentiasa mengingatiMU,menyeru namaMU walau apa jua keadaan ku kerana ENGKAU matlamatku,hidup dan mati ini kerana MU.

Ya Allah...terimalah rukukku,sujudku,doaku,ibadahku dan amal baikku agar aku ini tergolong dari kalangan yang ENGKAU redhai.Ya Allah hidup dan matikan kami dalam iman dan cinta kepadaMU.

1 ulasan:

ummuaisyah berkata...

Mari berusaha memupuk rasa cinta pada Ilahi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...